Assalamualaikum w.b.t. Di sini saya nak kongsi tentang adab-adab menuntut ilmu yang di petik dari penulisan agung “Ihya’ ‘Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Beliau telah membuat satu garis panduan kepada pelajar tentang adab-adab menuntut ilmu. Dalam penulisannya beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas panduan kepada pelajar. Asas-asas ini amat bermanfaat kepada para pelajar dalam proses menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah, menengah atau di pengajian tinggi.
Antara panduan-panduan yang digariskan adalah:-
1) Yang utama, pelajar hendaklah bersifat ikhlas dalam menuntut ilmu. Sifat ikhlas ini amat penting supaya membersihkan jiwa seseorang daripada bersifat riak dan takabbur sesame manusia. Hakikatnya, mereka yang mempunyai ilmu memiliki jiwa yang bersih yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu duniawi juga tidak boleh diabaikan kerana ianya sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisaisi ini, manusia yang meninggalkan bidang ilmu ini menyebabkan umat Islam khususnya ketinggalan zaman yang serba canggih. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Mujahadah:11)
2) Seorang pelajar perlu menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak murni. Ini disebabkan, hal ini amat mudah mendekati orang yang baik budi dan iwa yang tenang. Sekiranya hati pelajar tersebut dicemari dengan unsur-unsur negatif, dia sukar untuk menguasai ilmu yang disampaikan. Hal ini kerana, unsur-unsur sebegini dengan mudah merosakkan kemurniaan hati dan jiwa pelajar tersebut. Oleh yang demikian, secara prinsipnya ialah, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang musyriq itu najis” (Surah al-Taubah:28).
3) Para pelajar seharusnya tidak terlalu lalai dan alpa dengan hal duniawi yang boleh melalaikan pemikiran daripada menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Hal duniawi ini boleh menyebabkan pelajar tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar malah memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”.
4) Sifat-sifat mazmumah tidak seharusnya ada di dalam diri seorang pelajar. Maka, para pelajar tidak boleh bersifat angkuh, sombong dan bongkak terhadap gurunya. Pelajar wajib mematuhi dan menghormati gurunya demi mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Selain itu, pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan sifat rendah diri, berprasangka baik dan membantu guru ketika dalam kesusahan. Dengan ilmu yang dicurahkan oleh guru, pelajar haruslah merasa terhutang budi, memberikan ucapan berterima kasih dan mengharapkan keredhaan atas ilmu tersebut.
5) Pada peringkat permulaan, seorang pelajar itu mestilah tekun dalam menuntut ilmu. Jika perlu, dia hendaklah mengelakkan diri dari perselisihan pendapat sesama manusia tentang sesuatu ilmu duniawi mahupun ilmu akhirat. Ini kerana, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap ilmu yang baru dipelajarinya. Namun begitu, seseorang yang sudah mahir dalam sesuatu bidang, tiada halangan baginya untuk mengkaji dan mendalami perbezaan pendapat terhadap sesuatu ilmu. Hal ini kerana, perbezaan pendapat merupakan salah satu cara dalam penyelidikan ilmu.
6) Seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan ilmu yang dipelajarinya. Sekiranya dia mampu untuk menuntut ilmu, dia seharusnya mengambil peluang untuk meningkatkan pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Dan jika sebaliknya, dia haruslah mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya mengikut kemampuannya.
7) Dalam menuntut ilmu, pelajar tidak perlu memaksa untuk menguasai ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak adalah dengan menguasai sesuatu ilmu itu mengikut tahap dan peringkat selain berdasarkan tahap kemampuan diri pelajar tersebut. Kemampuan seseorang adalah terbatas oleh beberapa faktor dari segi pengalaman, keadaan semasa dan keupayaan minda seseorang.
8) Seseorang itu tidak boleh mencampur adukkan sesuatu ilmu dengan ilmu yang lain sebelum dia menguasai dan mahir dalam ilmu tersebut. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat. Justeru itu, sekiranya pelajar itu dapat menguasai sesuatu ilmu dengan tertib, maka ia dapat menguasai konsep ilmu itu dengan baik. Kefahaman terhadap konsep ilmu itu akan lebih sempurna dan konsisten jika ianya dirancang dan disusun dengan sempurna.
9) Setiap apa yang dilakukan semestinya ada objektif dan motifnya. Dalam menuntut ilmu, para pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai faedah ilmu tersebut kepada pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manffat kepada masyarakat. Apa yang lebih penting, ilmu yang dituntut itu mestilah tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan membawa kemudaratan kepada umat manusia.
10) Para pelajar hendaklah mengetahui kaitan sesuatu ilmu yang dipelajari supaya dia mendahulukan ilmu yang utama daripada ilmu sampingan. Keutamaan ilmu itu amat penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara.
Diharap kita semua dapat mengamalkan etika tersebut dalam menuntut ilmu supaya lebih diberkati dan diredhai olehNya. Ameen...
Friday, 16 January 2015
Friday, 9 January 2015
Tujuan Mempelajari Akhlak
Holla..hehe..salamu alaikum…anihaseyo.…
Tajuk hari ini adalah tujuan mempelajari akhlak..hah..say it again please.. ya, tujuan mempelajari akhlak..kenapa tak percaya ke?? Ada orang tanya..” Penting sangat ke belajar akhlak ni?”… Bagus!! Soalan yang sungguh hebat lagi mantap..
Soalan yang sama tetapi dengan nada yang berbeza..Mungkin orang pertama itu lebih excited mahu tahu jawapannya..tetapi orang yang kedua pula, munkin hanya ambil lewa..<moga Allah membuka hati2 kita untuk menerima ilmuNya..>
Okay, mari kita start to explore tujuan kita pada hari ini..iaitu tujuan mempelajari akhlak..kenapa pula harus belajar akhlak..?..apa faedah yang kita perolehi dengan mempelajari akhlak?..fuyoo..banyaknya soalan..excited ni nak tahu..cepat..cepat..
Baik tuan,puan,adik,akak,abang..sabar..sabar..sebelum itu, mari kita..buka hati..ikhlaskan diri..insya Allah ilmu senang nak menyerap ke sanubari..
Tujuan yang pertama ialah…
- Kerana akhlaklah Nabi saw diutus..= Jangan terkejut apalagi hairan ye..! Nabi saw sendiri bersabda;
Macam terkejut je..kenapa tak percaya? Rasulullah saw diutus kerana akhlak.. Apakah masuk akal jika dikatakan bahawa tujuan utama utusnya Nabi berkaitan akhlak?haruslah masuk akal…cuba baca hadith di atas sekali lagi…
Ketahuilah tiada rahmat bagi seluruh alam kecuali dengan akhlak!
Saya yakin mesti anda nak tanya macam ini kan..” Bukankah ibadah lebih didahulukan? “Anda nak kata yang ibadah lebih utama dari akhlak…
Okay..bagi saya kata pulak..menurut buku Amru Khalid; Memperbaiki Kemulian Diri, Menggilap Kemurnian Hati..penulis mengatakan bahawa solat, puasa, zakat,haji,zikir dan semua yang lain2 adalah akhlak!
Sesungguhnya akhlak lebih aula (utama dalam bahasa arab) daripada lahiriah ibadah, kerana tujuan utama sesuatu ibadah adalah memperbaiki akhlak. Jika tidak dikhuatirkan seluruh aktiviti ibadah menjadi ‘sia-sia’…Astaghfirullah…
Amacam okay dah..faham sudah..Alhamdulillah..bijak!!bijak!! hehe..
Apa kaitan antara solat dengan akhlak..zakat dengan akhlak..?? Fening..fening.. Jangan pening2..nak tahu..jangan lupa jenguk ke entry yang akan datang.. in shaa Allah..Salam sayang…
Kehormatan diri kita sebagai wanita
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini saya akan menerangkan tentang kehormatan diri wanita yang telah dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk dijaga.. Perkara menjaga kehormatan diri ini merupakan permintaan harian Rasulullah s.a.w terhadap umat islam.Kehormatan diri ini merupakan maruah diri seseorang dengan menjauhkan perkara-perkara keji dan mungkar dan memelihara kemaluannya.contoh perkara keji dan mungkar ialah judi, arak, rasuah , gejala seksual dan sebagainya.Kehormatan diri ini bukan hanya terhadap wanita tetapi lelaki juga diperintahkan untuk memelihara kehormatan diri. Namun pada hari ini saya ingin menyentuh hanya mengenai wanita sahaja.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Menurut hadis di atas, dijelaskan kepada kita, syarat bagi wanita yang dapat memasuki syurga Allah kelak iaitu :-
- Melakukan solat 5 waktu
- Berpuasa di Bulan Ramadhan
- Mentaati perintah Suami
- Menjaga maruah
Apa yang saya nak fokuskan disini ialah syarat keempat iaitu Menjaga Maruah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)
Ustazah Norhafizah Musa pernah mengajar kita suatu doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita iaitu
- Doa Rasulullah s.a.w : Allahummainni Asalukalhuda wattuqa walaffafa wal qina
" Ya Allah, Aku memohon kepadamu petunjuk, kemampuan bagi menjaga kehormatan diri dan rezeki yang cukup" - Allahumma tohir banati wa banati muslimin bima toharta maryam waqsim awladi waauladal muslimin bima asim tabihi yusuf
" Ya Allah sucikanlah anak perempuanku dan anak-anak perempuan orang muslimin selainnya seperti mana Kau telah sucikan Maryam dan lindungilah, peliharalah anak lelakiku dan anak lelaki muslimin seluruhnya seperti mana Kau telah lindungi maruah Yusuf." - Allahummah dihim bissolihil aqmal wal ahwa wal akhlak fainnahu la yahdihil solihah laillahailla anta wasrif anhum saiyiaha la yasrifu sayiaha illa anta.
" Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah petunjuk kepada mereka yakni anak-anakku untuk mereka melakukan sebaik-baik amalan, untuk mereka mampu mengurus dan membimbing nafsu mereka, untuk mereka berakhlak dengan akhlak yang baik, tidak ada yang boleh menuntut kepada kebaikan tersebut melainkan Engkau Ya Allah dan tolong jauhkan mereka yakni anak-anak kami daripada segala keburukan dan tidak ada yang menjauhkan dari keburukan kecuali Engkau Ya Allah." - Robbana atina fiddunia hasanah wafil' akhiroti hasanah waqina azabannar
- Allahummainni as'aluka minal bikhoiri kullihi ajilihi wa ajilihi ma alimnana min hu wala lam yaqlam a'uzubikamin syarikullihi ajilihi wa ajilihi ma alimna min hu wama'lam yaqlam
"Ya Allah aku bermohon untuk dapat segala kebaikan, yang cepat, yang lambat, yang aku tahu ataupun yang aku tidak tahu kerana Allah maha mengetahui dan aku berlindung daripada segala keburukan, yang dekat, yang jauh, yang cepat, yang lamba,t yang aku tahu ,yang aku tidak tahu."
Rasulullah s.a.w pernah membaiah hindun semasa hindun masuk dalam islam iaitu
- Tidak akan menyekutukan Allah dengan apa-apa jua pon
- Tidak akan mencuri
- Tidak akan melakukan perbuatan zina
Bagaimana wanita solehah menjaga maruah?
- wanita yang mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t
- bila keluar rumah menutup aurat dan menjaga perhiasan diri
- tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi-wangian kecuali dengan suami
- menjaga pergaulan dan menundukkan pandangan
- menjaga lidah dan tidak mengumpat
- seorang wanita yang berilmu dan sentiasa mendalami ilmu islam dan mengkaji tafsir Al-Quran dan hadis.
- sentiasa membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah
- berdoa sehingga menitiskan air mata keinsafan.
Lelaki yang tidak menjaga aurat atau tidak menjaga kehormatan diri wanita dalam ahli keluarganya maka dia seorang yang dayus.
Adab apabila ingin masuk ke bilik wanita @ bilik persalinan wanita, seseorang lelaki perlulah mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke bilik bagi menjaga aurat wanita tersebut.
Adab memasuki bilik ibubapa, anak-anak tidak boleh masuk ke bilik ibubapa pada 3 waktu iaitu, sebelum subuh, waktu tengah hari dan selepas isyak, jika nak masuk jugak, kena mintak izin untuk masuk untuk menjaga aurat ibu bapa.
Cara untuk teguhkan pendirian @ istiqhamah dengan penghijrahan seseorang :-
- cari ilmu yang berterusan
- cara kehormatan diri
- jaga diri sewaktu berseorangan
- berhijrah dengan yakin
- cari sahabat yang soleh- solehah
- sentiasa pergi ke kuliah ilmu
- berdoalah kepada Allah
Bagi yang belum bersedia untuk berhijrah, bersiap sedialah untuk berubah..
kerana menjaga aurat ini bukan suatu hidayah tetapi suatu kewajipan yang Allah suruh kerana Allah tidak pernah sia-siakan manusia atas suatu keperluan.
Ada 3 orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak akan sucikan mereka dan Allah tidak akan pandang mereka dan untuk mereka azab yang sangat pedih :-
- Orang tua yang berzina
- Pemimpin yang berdusta
- Orang miskin yang sombong
Subscribe to:
Posts (Atom)